Monday, July 13, 2009

Silap Tafsir Saranan Nik Aziz - Dituduh Lucah dan Boikot Manja

rindu manja
Silap Tafsir Saranan Nik Aziz
Dituduh Lucah dab Boikot Manja

Pihak tertentu melemparkan pelbagai tuduhan dan mendesak supaya pengguna memboikot barangan yang memperagakan tubuh wanita atau aurat wanita. Desakan itu membabitkan barangan Woman Aspiration berjenama Manja. Dalam satu kenyataan Mursyidul Am Pas, YAB Dato' Nik Aziz bin Nikmat seperti yang disiarkan oleh lidah rasmi Pas bertarikh 18-31 Mac 2000, yang meminta ahli dan penyokong parti itu memulaukan barangan yang menggunakan gambar wanita tidak menutup aurat. Wartawan Bacaria turut mendapatkan pandangan beberapa pemimpin Pas lain.

Akibat kenyataan itu, pejabat Woman Aspiration dihujani panggilan telefon berbaur lucah dengan melemparkan pelbagai tohmahan. Mereka mendakwa barangan yang dihasilkan memperagakan tubuh wanita sebagai satu usaha melariskan jualan. "Sebelum ini laman web kami dipertikaikan, kini barangan kami pula. Sedangkan barangan kami hanya memperagakan muka wanita, bukan tubuh seksi wanita," tegas Pengarah Urusannya, Puan Mardziyaton.


Bacaria
EDISI SABTU 7 APRIL 2001
BIL: 1695 PP3995/1/2002
rindu manja

Desak Haramkan Manja?

Women Aspiration, pengeluar pelbagai jenis barangan untuk wanita mempunya pendapat yang berbeza mengenai pelbagai bentuk alasan diatas. Apalagi, hampir seratus barangan yang dikeluarkan ditujukan kepada wanita, seperti penyembur haruman, minuman, 'Feminine Hygiene' dan Krim Harmoni. Selain itu, syarikat yang sama juga akan mengeluarkan beberapa barangan lain seperti sabun, pencuci muka dan bedak.

Pengarah urusannya, Puan Mardziyaton Darus ketika diminta mengulas saranan YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz mengulas, apa yang disarankan oleh Mursyidul Am Pas memang sukar untuk disangkal. Tetapi, adea baiknya orang ramai meneliti dengan saksama sebelum melemparkan sebarang tuduhan liar kepada syarikat yang diterajuinya.

Tambahnya lagi, "saya kesal apabila pihak tertentu melemparkan bermacam-macam tohmahan kepada Woman Aspiration, kononnya barangan yang kami keluarkan mendedahkan aurat wanita. Malah ada juga pihak tertentu yang sengaja menjadikan ucapan Ustaz Nik Aziz Nik Mat supaya alasan supaya barangan kami turut diboikot."

Dengan nada kesal Mardziyaton Darus turut menjelaskan, jika saranan itu diteliti, pemimpin Pas itu menyarankan supaya barangan yang memperagakan tubuh wanita atau dalam ertti kata lain menggunakan foto wanita yang tidak menutup aurat. Jika intipati saranan itu difahami sepenuhnya, tidak timbul tindakan membuta tuli pihak tertentu memboikot barangan keluaran Woman Aspiration.

Tambahnya lagi, barangan yang dikeluarkan oleh Women Aspiration tidak memperagakan tubuh wanita atau aurat wanita. Sekalipun hampir barangannya untuk pengguna wanita, tetapi Woman Aspiration hanya memaparkan muka wanita. Muka wanita dan tapak tangan bukanlah aurat.

Mardziyaton Darus melahirkan rasa kesal, apabila saranan Nik Aziz Nik Mat telah digunakan oleh pihak tertentu untuk 'mengharamkan' barangan-barangan yang dikeluarkan. "Desakan itu tidak berasas sama sekali. Pihak kami tidak pernah memperagakan tubuh wanita atau aurat wanita. Saya juga nafikan barangan yang kami keluarkan turut memperagakan aurat wanita"

Mardziyaton juga berharap pihak yang sengaja memutarbelitkan saranan pemimpin Pas itu supaya tidak keterlaluan melemparkan tohmahanterhadap barangan yang dihasilkan oleh syarikatnya. Tindakan memutarbelitkan kenyataan itu telah menimbulkjan keraguan pengguna. Malah, ada juga pihak tertentu yang tidak segan-silu mendesak Woman Aspiration menghentikan operasinya, kononnya menjadikan wanita sebagai 'alat' melariskan jualan.

"Pihak kami hanya menjual barangan untuk kegunaan wanita bukan menampilan aurat wanita untuk mendapat keuntungan. Dalam hal sebegini, apa yang pihak tertentu lemparkan kepada kami, sebenarnya tidak berasas sama sekali," tegas Mardziyaton yang menyatakan produk keluarannya turut diinsurankan sebanyak RM 1 juta
Bacaria
Mukasurat 2
EDISI SABTU 7 APRIL 2001
BIL: 1695 PP3995/1/2002

Tak sekaya dulu

Tak sekaya dulu

Tak sekaya dulu
Puteri Mardziyaton, pengasas produk Manja, terpaksa jual pesawat peribadi selepas bercerai.
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Shanika.abdullatib@kosmo.com.my



Satu ketika dulu, namanya berada dipuncak. Produk kesihatan wanita yang diasakannya bersama suami, Manja, hangat dipasaran.

Walaupun iklan radionya pada tahun 2000 menjadi kontroversi kononnya terselit perbualan lucah hingga diperkatakan wakil-wakil rakyat di Parlimen, itu sekadar menggambarkan popularity produk Manja.

“Bukan nak riak tapi melalui perniagaan ini saya mampu membeli sebuah pesawat ringan. Dengan pesawat peribadi itu saya memanjangkan langkah memasarkan produk,” ujar Puteri Mardziyaton Darus, 38.

Pesawat berharga jutaan ringgit itu digunakan Mardziyaton untuk urusan bisnes terutama jika perlu pergi ke Johor Bahru.

“Saya juga mempunyai empat orang pengawal peribadi ketika itu,” akui beliau yang berdarah kerabat diraja.

Namun langit tidak selalunya cerah. Harta itu juga yang menjadi sebab kejatuhan perniagaan malah punca penceeraiannya dengan bekas suami, Syed Abdullah Syed Hussien.
Menurut Mardziyaton, suaminya itu yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ‘menuntut supaya haknya di dalam syarikat Women Aspiration Sdn Bhd. diberikan kepadanya dalam tempoh seminggu dan jika tidak, akan jatuh talak’

Disebabkan gagal melaksanakan permintaan si suami, secara automatic mereka bercerai. Penceraian mereka disahkan oleh mahkamah pada tahun 2006.

Tiada rebut rumah tangga yang teruk dan tiada perselisihan faham sepanjang 10 tahun mereka hidup bersama. Itulah yang sangat dikesalkan Mardziyaton hingga sekarang.

“Sampai hari ini saya masih trauma dengan apa yang berlaku,” ungkap beliau yang menganggap waktu paling teruk ialah semasa Syed Abdullah tidak pulang kerumah selama sebulan sebelum mereka bercerai.

Selepas penceraian itu disahkan oleh mahkamah, kehidupan Mardziyaton bagai hilang arah. Selama enam bulan beliau meginap di hotel kerana tidak sanggup pulang ke rumah.
“Rumah itu terlalu banyak kenangan. Semua itu membuatkan saya amat tertekan,” katanya.

Berkahwin dengan pemburu hantu


TIDAK ramai yang tahu Uncle Seekers ialah suami Mardziyaton hinggalah mereka bercerai pada tahun 2006


Tumpuan Mardziyaton pada perniagaan turut terjejas dek masalah peribadi. Akibatnya, keuntungan syarikat semakin merosot sementara kilangnya terpaksa ditutup. Pesawat peribadi yang satu ketika amat dibanggakan, terpaksa dijual bagi menyelamatkan perniagaannya.

“Masa tengah krisis, banyak perncangan tergendala. Produk banyak yang tidak menepati permintaan. Disebabkan tidak mahu terbeban, saya ‘diamkan’ dahulu perniagaan itu atas nasihat keluarga.

“Sepanjang masa berdiam itu, saya tak bersemangat langsung. Justeru, waktu rehat yang panjang amat saya perlukan untuk menguatkan diri kembali,” katanya.

“Memang perit. Bukan saja perniagaan malah perkahwinan. Sudahlah begitu, difitnah, ditipu, kegagalan rumahtangga, dan jatuh bangun dalam perniagaan dating serentak dalam kehidupan saya sejak lima tahun lalu.

“Tapi saya sentiasa ingat semua ini sebagai ujian Allah dan itulah yang membuatkan saya kuat,” tambahnya.

Mardziyaton mengaku beliau tidak tersilap memilih Syed Abdullah sebagai suami tetapi berkata, penceraian itu mungkin satu kesilapan.

Beliau juga menolak andaian kegilaan suaminya terhadap dunia paranormal turut menjejaskan rumahtangganya.

“Saya ini penakut orangnya. Jangankan membaca buku-buku seram, nak mendengar cerita pun saya tak berani. Tapi memandangkan suami ketika itu amat minat, saya pejam mata sajalah,” katanya ketawa.

Sejak pertama kali Syed Abdullah memberitahu rancangannya untuk membuktikan kewujudan entity paranormal, Mardziyaton sudah berasa seram sejuk. Sebenarnya, kata Mardziyaton, beliau tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan seorang pemburu hantu.


Sejak pertama kali Syed Abdullah memberitahu rancangannya untuk membuktikan kewujudan entiti paranormal, Mardziyaton sudah berasa seram sejuk. Beliau tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan seorang pemburu hantu.


“Bila dia beritahu keiginan tersebut, saya anggap dia main-main. Tapi bila dia benar-benar lakukan, saya tak pula terkejut kerana dia memang seorang yang suka mencuba,” cerita beliau.

Mardziyaton pada mulanya agak ragu dengan kewujudan makhluk halus yang sering diceritakan oleh bekas suaminya seperti ada hantu di rumah-rumah tinggal yang mereka lewati.

Namun, peristiwa beliau diganggu hantu berambut panjang ketika bercuti di Genting Highlands mengubah sedikit persepsinya terhadap entity alam ghaib itu.

“Saya terbangun daripada tidur sekitar pukul 3 pagi kerana terasa rambut saya ditarik sesuatu. Bila saya pandang, rupa-rupanya ada satu lembaga berambut panjang,” imbau Mardziyaton yang ketika itu menjerit sekuat hati.

Peliknya, tambah beliau, Uncle Seekers yang tidur di sebelahnya tidak sedar langsung.
“Sebaik saja membaca ayat Kursi, makhluk itu terus hilang. Ketika itulah saya bergegas ke bilik anak disebelah kerana takut dia diganggu. Pada masa itu, sekali lagi saya menjerit memanggil Uncle dan barulah dia sedar,” sambungnya.

Sejak itu, Mardziyaton percaya tentang kewujudan alam bunian dan jin. Namun, secara peribadi beliau berpendapat biarlah makhluk itu hidup di alam mereka sendiri. “Tak perlulah dicari atau dibuktikan kewujudan mereka,” katanya.

Dulu Manja kini Rindu


MARDZIYATON kini terpaksa bertatih semula dengan produk baru, Rindu

Kini, dengan kemunculan semula beliau dengan jenama baru – Rindu, Mardziyaton semakin rancak menerajui perniagaan dengan bantuan ahli keluarga terutama kakaknya, Puteri Mardzilinda.

Mula menembusi beberapa rangkaian pengeluar farmasi dan pasaraya, produk yang diberi nafas baru itu mula mendapat tempat dihati penggunanya sebelum ini.

“Memang perit untuk bertatih semula. Namun, saya percaya kerinduan pengguna setia produk Manja dulu akan membuatkan mereka mencari perawatan wanita itu kembali,” katanya yang kini memaksikan hidup demi anak tunggalnya, Syed Muhammad Syed Abdullah, 15. Paling menakjubkan, bekas suaminya masih meniup kata semangat agar terus Berjaya dalam bidang tersebut.

Cuma kata Mardziyaton: “Saya sekarang tidak sekaya dulu.”

Kosmo – 5-7-09

Sunday, July 12, 2009

Set Bersalin Manja

Set Bersalin Manja

rindu manja

Penjagaan selepas bersalin cara tradisional
Inovasi produk terbaru Manja dalam penjagaan cara tradisional khusus untuk wanita bersalin, membantu mengembalikan bentuk tubuh badan ibu seperti sediakala secara menyeluruh. Dinspirasi oleh naluri wanita produk Manja Set Bersalin mampu mengisi keperluan wanita khasnya para ibu di zaman millenium ini.

rindu manja


Menimang cahayamata merupakan saat yang paling berharga bagi seorang ibu. Yang mengetahuinya. Detik kritikal memerlukan sokongan yang berterusan dari orang yang tersayang.Ini kerana perubahan hormone dan bentuk badan ketika mengandungsedikit sebnayak memperngaruhi ibu dari segi psikologi dan fizikal dan kadangkala mengganggu pemikiran dan emosi ibu.

rindu manja

Selai curahan kasih sayang dari suami yang tercinta, Manja Set Bersalin membantu menyemarkkan lagi kasih sayangsi ibu dari segi mental dan fizikal. Di formulasi dari herba dan rempah ratus yang terbaik produk ini membantu memulih, membentuk serta memperbetulkan kontur bentuk badan ibu yang telah bersalin.

rindu manja

Ekstraknya juga membantu memelihara dan mengekalkan bentuk badan si ibu seperti yang asal. Kesihatan si ibu dari segi emosi dan psikologi turut terpelira dan terjaga dengan terciptanya formulasi herba yang kaya dengan khasiat seperti kalori, kalsium, potasium dan vitamin C yang mampu menenangkan si ibu dan melegakan sakit selepas besalin.

rindu manja

Khasiat yang terkandung dalam produk ini membantu menjaga serta membantu memelihara kesihatan ibu selapas bersalin yang menyeluruh dan berkesan secara dalaman dan luaran. Produk Manja Set Bersalin yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah menambat hati para ibu dan menerima sambutan yang menggalakkan.

rindu manja


8 jenis formulasi untuk fungsi yang berlainan dalam Manja Set Bersalin yang telah menjadi idaman para si ibu untuk mengendalikan kesihatan badan seperti sediakala daalah seperti berikut Manja Uncang Herba, Manja Kapsul Herba Bersalin, Manja Mandian Herba, Manja Kapsul Herba Dalaman, Manja Minyak Herba, Manja Pilis Herba, Manja Ramping Herba atau Manja Bengkung Herba, Manja Lulur Herb. Kasih sayang “Manja” untuk si ibu terbukti dengan pemberian barangan kegunaan selepas bersalin secara percuma bernila RM115.00, Selipar Manja RM4.50, Kain Bengkung Manja RM39.00, Kain Pembalut Batu Tungku RM29.00, Batu 7 Generasi RM 9.00, T-Shirt Manja RM29.00, Stokin Manja RM4.50.

rindu manja
Manja Set Bersalin, refleksi penjagaan kesihatan yang sempurna dan telah diamalkan sejak berzaman lagi, ideal untuk wanita milennium selepas bersalin.

rindu manja
Manja Uncang Herba

Sejak turun menurun masyarkat Melayu telah mengetahui khasiat ubat periuk sebagai satu kemestian sebagai rawatan pemulihan selepas melahirkan anak. Ianya dicampurkan dengan pelbagai ramuan herba-herba terpilih untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin. Bersama peredaran masa serta zaman yang serba canggih ini Manja telah mengorak langkah untuk mengkomersialkan ubat periuk ini dalam bentuk uncang bagi memudahkan penggunannya. Hari ini ubat periuk telah bertukar sebagai Manja Uncang Herba.

rindu manja
Manja Lulur Herba

Selepas bersalin ibu-ibu terdedah dengan angin yang berlebihan di dalam rongga-rongga badan dan sukar untuk dikeluarkan. Manja Lulur Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih untuk membuka liang-liang roma supaya angin yang berlebihan di dalam badan akan keluar dan seterusnya melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan semasa di dalam pantang bersalin.

rindu manja
Manja Pilis Herba

Manja Pilis Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih dimana berfungsi untuk menmyejukkan serta mengelurakan kepanasan badan. Herba ini dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan semasa di dalam pantang bersalin

rindu manja
Manja Bengkung herba

Sebaik sahaja ibu melahirkan anak kesan ketara adalah dibahagian perut dimana otot-otot dibahagian perut akan menjadi kendur. Semasa pantang bersalin ibu-ibu akan menggunakan masa pantang untuk mengembalikan ketegangan otot-otot dibahagian perut supaya tidak buncit dan dimasuki angin.

Manja Bengkung Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih yang akan panas untuk mengempiskan kembali perut seterusnya memecahkan lemak dan kelihatan seperti sediakala.

rindu manja
Manja Minyak Herba

Sejak turun menurun penggunaan minyak bagi ibu selepas bersalin sudah menjadi satu kemestian. Bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi yang baru lahir kerana antara ibu dan anak terdedah dengan kemasukan angin yang menyebabkan sakit dibahagian perut dan juga sendi tulang.

Manja Minyak Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih seperti serai wangi dan rempah ratus yang lain untuk digunakan dengan produk set bersalin yang lain bagi memulih serta menjaga kesihatan ibu & anak.

rindu manja
Manja Mandian Herba
Selepas bersalin merupakan masa yang paling baik untuk mengembalikan kesihatan ditempat sulit supaya masalah mengenai darah yang masih tersekat dapat dikeluarkan dengan lebih lancar.

Manja Mandian Herba ini diadun sebagai antiseptik untuk mencuci dan membersih daripada kotoran serta kuman yang boleh menyebabkan jangkitan dibahagian rahim seterusnya mendatangkan maslah sakit puan


rindu manja
Manja Kapsul Herba Bersalin

Sejak turun menurun kapsul herba untuk ibu bersalin ini merupakan nadi atau asas yang utama apabila seorang ibu melahirkan anak. Pengadunan herba bersalin ini mengambil kira bahan-bahan berunsur panas dan sejuk bagi mengimbangi sistem dalaman yang tidak menentu ketika dalam pantang.

Manja Kapsul Herba Bersalin khas untuk sistem dalaman sahaja baik dari segi tenaga maupun peredaran darah selepas bersalin



rindu manja
Manja Kapsul Herba Dalaman

Selepas bersalin merupakan masa yang paling baik untuk mengembalikan kesihatan kerana ibu terlalu lemah disebabkan terlalu banyak kehilangan darah serta luka dalaman proses bersalin.

Manja Kapsul Herba Dalaman ini diadun sebagai antiseptik untuk penyembuhan dalaman sebagaimana ibu disyaratkan meminum air kunyit selama 3 hari selepas bersalin. Dengan terhasilnya kapsul Herba Dalaman ini ibu tidak perlu meminum air kunyit kerana bahannya sudah meliputi rawatan selepas bersalin


rindu manja

Edaran Cosway
Great Redemption
1-7-2003 - 30/6/2004

Friday, July 10, 2009

Mutiara Kata Manja

Mutiara Kata Manja



Manja,
Mimpi Indah naluri membara,
Penawar nestapa penyeri jiwa,
Bawalah daku belayar bersama,
Ke alam Asmara abadi selamanya...

Manja,
Cinta membelai di sanubariku,
Sentuhan menyemarakkan kehangatanku,
Terjerat dalam genggaman,
Asmaramu


Manja,
A lovers dream aflaming desire,
A healer to the soul,
Of one on fire,
Capture me Love, Lets sail away,
To an unending romance,
That guards our way...

Manja,
Your love embraces me,
Your feverish touch entices me,
Defeated, powerless arrogant yield,
An Immortal prisoner of eternal
Romance...

Penghargaan

Penghargaan


Tuan Syed Abdullah Alattas
Executive Advisor
New M&M Sdn Bhd & Women Aspiration Sdn Bhd

Robert Soo Kim Poy
Executive Vice Chairman
Acetai Corporation Sdn Bhd

Hasnizar Ibrahim
Director


William Tan
Managing Director
Anika Bebas Sdn Bhd


Dr Ismail Thamby
Product Advisor

Dr Mohd Ilham
Product Advisor

Penyegar Udara Manja / Manja Air Freshner

Penyegar Udara Manja / Manja Air Freshner

manja air freshner / penyegar udara manja

Haruman Wanita terbaik dalam menyegarkan udara ruang bilik,
Bertindak dengan segera memusnahkan bau yang tidak menyenangkan.
Rumusannya yang kering tidak meninggalkan kesan kotor dan semburan ke atas objek meninggalkan haruman yang lebih lama.
Oleh itu, penyegar sesuai digunakan dalam almari pakaian, kereta, telefon, kain langsir, cadar, kusyen, karpet dan lain-lain.
Produk ini tidak mengandungi bahan pembinasa ozon, Klorofiluorokarbon

Air Freshner is excellent in keeping the air fresh and pleasant.
It is effective for destroying unpleasant odour.
Its dry formula gives immdiate lingering fragrance around your room. It is stain free, thus effective.
If sprayed in cars, wardrobes, on telephone, curtains, bedspreads, cushions, carpet and etc. This product does not contain ozone-destroying Chlofluorocarbon

Manja Harmony Cream Plus

rindu manja
Strawberry Harmony Cream Plus
Nikmati variasi malammu
feel the nightly variation


rindu manja
Apple Harmony Cream Plus
Sentuhan naluri
Sensual touch


rindu manja
Mango Harmony Cream Plus
Pengikat dua hati
Two hearths reunited



Manja Harmony Cream Plus
Krim unik ciptaan terbaru Manja, memenuhi naluri setiap wanita millenium dengan memberikan dan mengabadikan kepuasan, kenimaktan dan keghairahan. Krim ini membangkitkan nostalgia saat-saat manis malam pertama dan memenuhi impian lelaki di alaf baru ini. Manj Harmony Cream Plus dengan 3 jenis haruman yang terbaru, Strawberi, Epal dan Mangga yang di import dari Paris.
Antara kandungan vaselin: Memenuhi keperluan USP, NF dan FDA. Selamat dari segi dermatologi dan tidak mengganggu liang kulit normal.

Cara-cara menggunakan Manja Harmony Cream Plus

1. Pastikan jari dan kuku berada di dalam keadaan yang bersih. (Diagram 1)

(Diagram 2)
2. Dengan jari bersih, bersihkan faraj dengan menggunakan air dan pembesih harian wanita Manja. (Diagram 2)


3. Keringkan sekitar bahagian faraj tersebut dan lapkan dengan kain yang bersih (Diagram 2)


(Diagram 3)
4. Selepas itu, dengan menggunakan jari yang bersih, masukkan krim ke dalam dinding lubang faraj (dalam keadaan mencangkung) dan sapukan krim ke dalam dinding lubang faraj sehingga rata mengikut keperluan individu. (Diagram 3)


(Diagram 4)
5. Rapatkan kedua-dua belah peha dan kaki dan berehatlah mengikut keselesaan masing-masing. Krim berkesan dalam 5 saat. Walau bagaimanapun untuk mendapat kesab maksimum, tunggu sehingga 20 minit sebelum mengadakan hubungan kelamin . (Diagram 4) *Sekiranya hubungan kelamin tidak berlaku, sila ikuti cara pencucian nombor (6) dan (7)
(Diagram 5)

6. Selepas mengadakan hubungan kelamin, pastikan faraj dilap dahulu sehingga tidak meninggalkan kesan minyak. (Diagram 5)
7. Cucilah faraj sehingga bersih dengan menggunakan Pembersih harian wanita Manja dan bilas dengan air sehingga kesan minyak. (Diagram 5)



Peringatan
Kandungan sebotol Manja Harmony Cream Plus adalah 10g.
Setiap hubungan kelamin memerlukan satu sapuan bersamaan dengan lebuh kurang 2g.
Oleh itu, untuk penggunaan kandungan sebotol krim yang tepat adalah 5 kali hubungan kelamin.

Kesan sampingan
Jika tertelan atau termakan Manja Harmony Cream Plus dan mungkin akan menyebabkan rasa tidak selesa pada lidah, adalah disarankan agar meminum air suam sebanyak mungkin.
Selain daripada symptom di atas, tidak diketahui.

Amaran
Tidak sesuai untuk pasangan yang inginkan zuriat, wanita yang mengandung, ketika dalam haid wanita yang mengalami alah kulit (Skin allergy).
Penggunaan kondom tidak dibenarkan.

Penting
Hanya digunakan apabila hendak melakukan hubungan kelamin sahaja.

Pasangan lelaki dan wanita
Hendaklah membuang air kecil selepas setaip hubungan kelamin, iaitu selepas menggunakan Manja Harmony Cream Plus.

Pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya pengguna tidak mengikut cara penggunaan yang disyorkan.

Manja Harmony Cream Plus
The new Manja cream satisfies every modern woman with a great pleasure and ardor that create eternal passion to fulfill the desires of every man as well as to bring back the sweet nostalgic moments of the first night.
Manja Harmony Cream Plus with 3 new fragrances, strawberry, apple and mango.

Vaseline
Meets the requirements of USP, NF and FDA. Dematologically safe and will not irritate normal skin or clog pores.


To use Manja Harmony Cream Plus
(Diagram 1)

1. Wash hands and fingers thoroughly. (Diagram 1)

(Diagram 2)
2. With clean fingers, wash the vaginal area with Manja feminine hygiene wash. (Diagram 2)

3. Dry off the vaginal area completely. (Diagram 3)

(Diagram 3)
4. Then, with a clean finger, apply the cream onto the vaginal muscles wall (in crouching position) in accordance with individual’s needs, ciculate gently and evenly. (Diagram 3) *If discontinue lovemaking, wash the vaginal area thoroughly. Follow instructions (6) and (7)

(Diagram 4)
5. Rest with feet and thighs together. The cream takes effect in 5 seconds. However, to gain a maximum effect wait for at least 20 minutes before lovemaking. (Diagram 4)
6. Wipe off the vaginal area and ensure that the area is completely oily free. (Diagram 5)

(Diagram 5)

7. Wash the vaginal area with Manja feminine hygiene wash thoroughly and ensure the area is oily free. (Diagram 5)



Photobucket

Attention
One bottle of Manja Harmony Cream Plus contains 10g.
Every lovemaking needs 2g which equals to a single application of the cream, thus sufficient for 5 times of lovemaking.

Side Effects
If Manja Harmony Cream Plus is consumed more than (2g) which may cause irritation on the tongue, it is advaised to drink plenty of warm water.
Other than the symptom above, is unknown.

Warning
Not suitable for fertility, pregnancy, during menstruation skin allergy or sensitive skin.
Condom is not permissible during the consumption.

Important
Only to be used for lovemaking

Male and female partner
It is necessary to urinate after every love making that is after using Harmony Cream.

The distributor will not be responsible due to user’s failure in following the instructions of the consumption suggested.

Komen Pengguna 1

rindu manja
Selepas melahirkan anak yang kedua empat bulan lalu, timbul kegusaran dihati.." mampukah saya menggembirakan suami seperti dahulu?" Lantas saya mencuba Krim Harmoni. Hasilnya saya amat berpuashati. Saya sudah memberikan yang terbaik buat suami tercinta. Terima kasih daun keladi.. Manja.

Komen Pengguna 2

rindu manja
Selepas mencuba Krim Harmoni Manja , saya merasa kenikmatan yang sukar diluahkan melalui kata-kata. Hanya naluri dan perasaan yang sungguh menyerinikkan seperti malam pertama. Ianya ketat hingga suami tersenyum puas dan tertanya-tanya apakah ubat yang saya guna. Tentulah Manja

Komen Pengguna 5

Saya sering resah apabila diajak suami untuk bersama. Setelah hampir 18 tahun berkhawin dan mempunyai 3 cahaya mata. Keresahan itu timbul kerana kebimbangan suami tidak mendapat kepuasan. Maklumlah setelah melahirkan 3 anak, sedikit sebanyak hubungan itu tidak seketat dan seanjal dulu. Walau berbagai jamu sudah dicuba namun hasilnya tidak begitu sempurna sehingga saya mencuba Krim Manja.

Kini segala keresahan dan kebimbangan telah diganti dengan kenikmatan penuh kepuasan. Komen saya mengenai Krim Manja : “Sungguh ajaib, sungguh hebat. Kepadatannya sukar untuk digambarkan sekali puan-puan mencuba. Setiap kali kepanasan kepuasan malam pertama berulang”. Terima kasih Manja, itulah ungkapan yang diberi suami sudah selesai. Tentu dia puas dan nikmat.

I felt troubled when my husband asked me to be in bed together. I have been married for 18 years. I was worried and troubled about getting in bed with my husband because I was afraid that I would not be able to satisfy him. I knew that after given birth to 3 children, the intercourse would be less satisfying and ‘loose’. I have tried many types of traditional herbs but with no satisfying results only until I used Manja Harmony Cream: “Miraculous and awesome.

The closeness and the tightness are beyond imagination. Every warmth night is a magical first night, indescribable touch resumes every passionate night”. Thank you Manja for I’m sure my husband has tasted a genuine satisfaction.
Houreyaty Bt. Abdullah, 36 tahun, Kuala Lumpur

rindu manja