Monday, July 13, 2009

Silap Tafsir Saranan Nik Aziz - Dituduh Lucah dan Boikot Manja

rindu manja
Silap Tafsir Saranan Nik Aziz
Dituduh Lucah dab Boikot Manja

Pihak tertentu melemparkan pelbagai tuduhan dan mendesak supaya pengguna memboikot barangan yang memperagakan tubuh wanita atau aurat wanita. Desakan itu membabitkan barangan Woman Aspiration berjenama Manja. Dalam satu kenyataan Mursyidul Am Pas, YAB Dato' Nik Aziz bin Nikmat seperti yang disiarkan oleh lidah rasmi Pas bertarikh 18-31 Mac 2000, yang meminta ahli dan penyokong parti itu memulaukan barangan yang menggunakan gambar wanita tidak menutup aurat. Wartawan Bacaria turut mendapatkan pandangan beberapa pemimpin Pas lain.

Akibat kenyataan itu, pejabat Woman Aspiration dihujani panggilan telefon berbaur lucah dengan melemparkan pelbagai tohmahan. Mereka mendakwa barangan yang dihasilkan memperagakan tubuh wanita sebagai satu usaha melariskan jualan. "Sebelum ini laman web kami dipertikaikan, kini barangan kami pula. Sedangkan barangan kami hanya memperagakan muka wanita, bukan tubuh seksi wanita," tegas Pengarah Urusannya, Puan Mardziyaton.


Bacaria
EDISI SABTU 7 APRIL 2001
BIL: 1695 PP3995/1/2002
rindu manja

Desak Haramkan Manja?

Women Aspiration, pengeluar pelbagai jenis barangan untuk wanita mempunya pendapat yang berbeza mengenai pelbagai bentuk alasan diatas. Apalagi, hampir seratus barangan yang dikeluarkan ditujukan kepada wanita, seperti penyembur haruman, minuman, 'Feminine Hygiene' dan Krim Harmoni. Selain itu, syarikat yang sama juga akan mengeluarkan beberapa barangan lain seperti sabun, pencuci muka dan bedak.

Pengarah urusannya, Puan Mardziyaton Darus ketika diminta mengulas saranan YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz mengulas, apa yang disarankan oleh Mursyidul Am Pas memang sukar untuk disangkal. Tetapi, adea baiknya orang ramai meneliti dengan saksama sebelum melemparkan sebarang tuduhan liar kepada syarikat yang diterajuinya.

Tambahnya lagi, "saya kesal apabila pihak tertentu melemparkan bermacam-macam tohmahan kepada Woman Aspiration, kononnya barangan yang kami keluarkan mendedahkan aurat wanita. Malah ada juga pihak tertentu yang sengaja menjadikan ucapan Ustaz Nik Aziz Nik Mat supaya alasan supaya barangan kami turut diboikot."

Dengan nada kesal Mardziyaton Darus turut menjelaskan, jika saranan itu diteliti, pemimpin Pas itu menyarankan supaya barangan yang memperagakan tubuh wanita atau dalam ertti kata lain menggunakan foto wanita yang tidak menutup aurat. Jika intipati saranan itu difahami sepenuhnya, tidak timbul tindakan membuta tuli pihak tertentu memboikot barangan keluaran Woman Aspiration.

Tambahnya lagi, barangan yang dikeluarkan oleh Women Aspiration tidak memperagakan tubuh wanita atau aurat wanita. Sekalipun hampir barangannya untuk pengguna wanita, tetapi Woman Aspiration hanya memaparkan muka wanita. Muka wanita dan tapak tangan bukanlah aurat.

Mardziyaton Darus melahirkan rasa kesal, apabila saranan Nik Aziz Nik Mat telah digunakan oleh pihak tertentu untuk 'mengharamkan' barangan-barangan yang dikeluarkan. "Desakan itu tidak berasas sama sekali. Pihak kami tidak pernah memperagakan tubuh wanita atau aurat wanita. Saya juga nafikan barangan yang kami keluarkan turut memperagakan aurat wanita"

Mardziyaton juga berharap pihak yang sengaja memutarbelitkan saranan pemimpin Pas itu supaya tidak keterlaluan melemparkan tohmahanterhadap barangan yang dihasilkan oleh syarikatnya. Tindakan memutarbelitkan kenyataan itu telah menimbulkjan keraguan pengguna. Malah, ada juga pihak tertentu yang tidak segan-silu mendesak Woman Aspiration menghentikan operasinya, kononnya menjadikan wanita sebagai 'alat' melariskan jualan.

"Pihak kami hanya menjual barangan untuk kegunaan wanita bukan menampilan aurat wanita untuk mendapat keuntungan. Dalam hal sebegini, apa yang pihak tertentu lemparkan kepada kami, sebenarnya tidak berasas sama sekali," tegas Mardziyaton yang menyatakan produk keluarannya turut diinsurankan sebanyak RM 1 juta
Bacaria
Mukasurat 2
EDISI SABTU 7 APRIL 2001
BIL: 1695 PP3995/1/2002

No comments:

Post a Comment