Tuesday, July 7, 2009

Pembersih Peribadi Wanita - Rindu

Pembersih Peribadi Wanita - Rindu
Produk Rindu


Dulu Maannnjaa Sekarang Rinnnndu
Cik Manja menyepikan diri tiga tahun sebelum kembali dengan produk Rindu

'CIK Manja', gelaran itu pernah mempopularkan dirinya malah mencetuskan kontroversi apabila ke udara dalam program Time Highway Radio (THR) awal 2000 lalu, kerana dianggap program lucah.


RINDU: Produk baru bersama semangat baru Mardziyaton.

Gelaran yang diangkat sempena nama produk Manja diusahakan bersama suami dan keluarga, pada mulanya diingatkan menjadi rezekinya suami isteri nyata tidak memberikan tuah seperti diharapkan apabila perniagaan yang baru berusia setahun jagung itu dan status isterinya musnah sekelip mata.

Seperti wanita lain, Puteri Mardziyaton Darus, 36, bagaikan terpukul dengan situasi berkenaan. Ketika nama produk meletup di pasaran dan hidup mewah, mampu memiliki pesawat ringan sendiri, dirinya akhirnya tercampak dan hidup dalam kekosongan.

“Memang ada orang mengata, malah ramai sangat yang buruk sangka. Kata mereka saya mengusahakan produk untuk meningkatkan hubungan suami isteri, alih-alih diri pula diceraikan dan hidup menjanda.

“Memang benar ada yang mengatakan begitu, tetapi saya berserah kepada ketentuan Allah. Kata orang kalau membabitkan wang ringgit, suami isteri boleh bercerai dan itulah hakikat yang sebelum ini saya cuba nafikan dan tidak pernah pun terfikir akan mengalaminya.

“Tiga tahun selepas itu saya menyepikan diri, tetapi demi anak saya perlu bangkit semula dan dengan semangat baru saya tampil bersama produk Rindu dan kali ini saya akan dibantu oleh saudara mara,” ringkas tuturnya membuka bicara.

Produk Manja antara yang pertama ketika itu tampil bersama rumusan untuk wanita berasaskan manjakani dan kacip Fatimah, khususnya untuk kebaikan suami dan isteri. Malah menerusi Women Aspiration Sdn Bhd Produk yang diusahakan bersama kakaknya, Puteri Mardzilinda mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Record sebagai syarikat pertama di Malaysia menjalankan kajian keselamatan pembersih harian wanita dan pelincir vagina.

Mardziyaton berkata, bukan mudah dirinya untuk bangun semula selepas jatuh sebegitu dan pengajaran paling berguna, benar bagai pepatah, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis terlalu payah ketemu. Seperti katanya, ketika susah dulu hendak minta bantuan kawan-kawan pun susah. Masing-masing bagaikan tidak pernah kenal Mardziyaton.

Akuinya, etika ‘menyepikan’ diri beliau banyak berfikir bagaimana memantapkan perniagaan dan selepas perbincangan dilakukan Puteri Mardzilinda akan memantau tugas-tugas formulasi dan juga pengeluaran. Adik bongsu mereka, Puteri Maizira Ahmad Adnan membantu dari segi promosi sementara adik lelaki, Megat Mohd Faisal Darus lebih kepada tugas rekaan.

Mengenai produk terbaru digelar Rindu, Mardziyaton mengakui produk berkenaan sama seperti Manja yang dulu cuma mempunyai pembungkusan berbeza kerana ingin lari daripada kenangan zaman silam dulu. Sungguhpun begitu, keputusan menggunakan pembungkusan lama (oren) atau pun bungkusan baru (ungu) masih belum diputuskan lagi kerana ia bergantung kepada maklum balas daripada pelanggannya.

Pembersih peribadi wanita Rindu membersih bahagian intim wanita dengan kesan kesegaran berpanjangan. Harumannya lembut dan menjadi alternatif kepada sabun. Pembersih ini diformulasikan khas untuk kegunaan peribadi wanita dengan kesan manjakani yang selain mengetat, bertindak ke atas penyebab bau yang tidak menyenangkan untuk memberi keyakinan diri kepada wanita setiap hari.

“Kami pelopor produk kesihatan wanita berasaskan manjakani sekitar 2000 lalu hingga berada di puncak, tetapi bagaikan jatuh tergolek empat tahun selepas itu. Tiga tahun saya ‘berehat’ dan tenangkan diri, saya memutuskan mengeluarkan produk dengan jenama baru dan saya bersedia berhadapan liku orang berniaga.

“Kehadiran Rindu bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana produk yang ada di pasaran kerana saya yakin sekiranya pengguna yang tahu kehebatan produk saya akan kembali. Saya tampil untuk membantu suami isteri mengeratkan hubungan intim, walaupun mungkin ada menganggap pihak tidak bertanggung jawab menggunakan produk ini untuk tujuan yang kurang baik, itu di luar kemampuan saya,” katanya.

Beliau berkata, pada waktu terdekat, pihaknya juga akan turut mempromosikan krim urut buatan turun-temurun keluarga mereka selain terbabit sebagai pengedar kepada produk kurma jenama Bateel dari Arab Saudi. Dengan semangat untuk bersaing dalam dunia perniagaan, dalam masa terdekat beliau akan kembali dengan produk minuman kesihatan, krim untuk wanita serta produk penjagaan wajah dan tubuh selain menguruskan spa yang akan dibuka tidak lama lagi.

Spa yang dimaksudkan kini dalam kerja pengubahsuaian dan bakal menyediakan pelbagai rawatan kesihatan serta kecantikan untuk wanita. Mengikut cadangan spa berkenaan akan dibuka tidak lama lagi menggunakan kehebatan produk rumusan keluarga kerabat Perlis itu.

“Kami memang memberikan tumpuan yang hebat terhadap aspek pemasaran kerana ia antara elemen paling mustahak memancing perhatian pengguna. Dalam usaha ini selain tampil bersama iklan, media memberikan peranan yang besar dan kami memutuskan untuk mempromosi dalam media cetak dan elektronik selain turun padang bertemu pelanggan.

“Selepas saja keluar cerita mengenai saya dan produk ini, rangkaian Watsons terus menghubungi saya, menawarkan lokasi untuk menjual produk ini,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman.

Sebagai pesanan kepada pengusaha wanita di luar sana, beliau mengingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi liku serta cabaran dunia perniagaan yang kompleks.

“Setinggi manapun kejayaan kita, ingatlah bahawa keluarga sajalah yang dapat membantu kita ketika senang dan berhadapan situasi sukar,” katanya.

3 comments:

  1. bila pula dapat pangkat 'puteri'? adakah mencari glamour semata-mata?

    ReplyDelete
  2. salam..saya antara pengamal minuman manja dulu.. Ahamdulilah mardziyah dah buat comeback dgn produk baru..

    Semuga lebih tabah mengharungi dunia bisnes..

    saya doakan anda berjaya,

    ReplyDelete
  3. biala die nk glamer pon..janji mulut die x jht cam mulot engko..asal de org nk bisnes n nk maju je org mcm ko ni yg asyik kutok padahal sesama manusia,entah2 sme agama n sama melayu..pls la jgn pandai jdi pengkritik je..ingat Tuhan ckit..jgn ikot syaitan iblis je..asyik nk kutuk org je..bia die la nk glamer ke nak letak name puteri ke...

    ReplyDelete