Set Bersalin Manja
Penjagaan selepas bersalin cara tradisional
Inovasi produk terbaru Manja dalam penjagaan cara tradisional khusus untuk wanita bersalin, membantu mengembalikan bentuk tubuh badan ibu seperti sediakala secara menyeluruh. Dinspirasi oleh naluri wanita produk Manja Set Bersalin mampu mengisi keperluan wanita khasnya para ibu di zaman millenium ini.
Menimang cahayamata merupakan saat yang paling berharga bagi seorang ibu. Yang mengetahuinya. Detik kritikal memerlukan sokongan yang berterusan dari orang yang tersayang.Ini kerana perubahan hormone dan bentuk badan ketika mengandungsedikit sebnayak memperngaruhi ibu dari segi psikologi dan fizikal dan kadangkala mengganggu pemikiran dan emosi ibu.
Selai curahan kasih sayang dari suami yang tercinta, Manja Set Bersalin membantu menyemarkkan lagi kasih sayangsi ibu dari segi mental dan fizikal. Di formulasi dari herba dan rempah ratus yang terbaik produk ini membantu memulih, membentuk serta memperbetulkan kontur bentuk badan ibu yang telah bersalin.
Ekstraknya juga membantu memelihara dan mengekalkan bentuk badan si ibu seperti yang asal. Kesihatan si ibu dari segi emosi dan psikologi turut terpelira dan terjaga dengan terciptanya formulasi herba yang kaya dengan khasiat seperti kalori, kalsium, potasium dan vitamin C yang mampu menenangkan si ibu dan melegakan sakit selepas besalin.
Khasiat yang terkandung dalam produk ini membantu menjaga serta membantu memelihara kesihatan ibu selapas bersalin yang menyeluruh dan berkesan secara dalaman dan luaran. Produk Manja Set Bersalin yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah menambat hati para ibu dan menerima sambutan yang menggalakkan.
8 jenis formulasi untuk fungsi yang berlainan dalam Manja Set Bersalin yang telah menjadi idaman para si ibu untuk mengendalikan kesihatan badan seperti sediakala daalah seperti berikut Manja Uncang Herba, Manja Kapsul Herba Bersalin, Manja Mandian Herba, Manja Kapsul Herba Dalaman, Manja Minyak Herba, Manja Pilis Herba, Manja Ramping Herba atau Manja Bengkung Herba, Manja Lulur Herb. Kasih sayang “Manja” untuk si ibu terbukti dengan pemberian barangan kegunaan selepas bersalin secara percuma bernila RM115.00, Selipar Manja RM4.50, Kain Bengkung Manja RM39.00, Kain Pembalut Batu Tungku RM29.00, Batu 7 Generasi RM 9.00, T-Shirt Manja RM29.00, Stokin Manja RM4.50.
Manja Set Bersalin, refleksi penjagaan kesihatan yang sempurna dan telah diamalkan sejak berzaman lagi, ideal untuk wanita milennium selepas bersalin.
Manja Uncang Herba
Sejak turun menurun masyarkat Melayu telah mengetahui khasiat ubat periuk sebagai satu kemestian sebagai rawatan pemulihan selepas melahirkan anak. Ianya dicampurkan dengan pelbagai ramuan herba-herba terpilih untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin. Bersama peredaran masa serta zaman yang serba canggih ini Manja telah mengorak langkah untuk mengkomersialkan ubat periuk ini dalam bentuk uncang bagi memudahkan penggunannya. Hari ini ubat periuk telah bertukar sebagai Manja Uncang Herba.
Manja Lulur Herba
Selepas bersalin ibu-ibu terdedah dengan angin yang berlebihan di dalam rongga-rongga badan dan sukar untuk dikeluarkan. Manja Lulur Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih untuk membuka liang-liang roma supaya angin yang berlebihan di dalam badan akan keluar dan seterusnya melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan semasa di dalam pantang bersalin.
Manja Pilis Herba
Manja Pilis Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih dimana berfungsi untuk menmyejukkan serta mengelurakan kepanasan badan. Herba ini dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan semasa di dalam pantang bersalin
Manja Bengkung herba
Sebaik sahaja ibu melahirkan anak kesan ketara adalah dibahagian perut dimana otot-otot dibahagian perut akan menjadi kendur. Semasa pantang bersalin ibu-ibu akan menggunakan masa pantang untuk mengembalikan ketegangan otot-otot dibahagian perut supaya tidak buncit dan dimasuki angin.
Manja Bengkung Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih yang akan panas untuk mengempiskan kembali perut seterusnya memecahkan lemak dan kelihatan seperti sediakala.
Sejak turun menurun penggunaan minyak bagi ibu selepas bersalin sudah menjadi satu kemestian. Bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi yang baru lahir kerana antara ibu dan anak terdedah dengan kemasukan angin yang menyebabkan sakit dibahagian perut dan juga sendi tulang.
Manja Minyak Herba ini diadun daripada herba-herba terpilih seperti serai wangi dan rempah ratus yang lain untuk digunakan dengan produk set bersalin yang lain bagi memulih serta menjaga kesihatan ibu & anak.
Manja Mandian Herba
Selepas bersalin merupakan masa yang paling baik untuk mengembalikan kesihatan ditempat sulit supaya masalah mengenai darah yang masih tersekat dapat dikeluarkan dengan lebih lancar.
Manja Mandian Herba ini diadun sebagai antiseptik untuk mencuci dan membersih daripada kotoran serta kuman yang boleh menyebabkan jangkitan dibahagian rahim seterusnya mendatangkan maslah sakit puan
Manja Mandian Herba ini diadun sebagai antiseptik untuk mencuci dan membersih daripada kotoran serta kuman yang boleh menyebabkan jangkitan dibahagian rahim seterusnya mendatangkan maslah sakit puan
Manja Kapsul Herba Bersalin
Sejak turun menurun kapsul herba untuk ibu bersalin ini merupakan nadi atau asas yang utama apabila seorang ibu melahirkan anak. Pengadunan herba bersalin ini mengambil kira bahan-bahan berunsur panas dan sejuk bagi mengimbangi sistem dalaman yang tidak menentu ketika dalam pantang.
Manja Kapsul Herba Bersalin khas untuk sistem dalaman sahaja baik dari segi tenaga maupun peredaran darah selepas bersalin
Manja Kapsul Herba Bersalin khas untuk sistem dalaman sahaja baik dari segi tenaga maupun peredaran darah selepas bersalin
Manja Kapsul Herba Dalaman
Selepas bersalin merupakan masa yang paling baik untuk mengembalikan kesihatan kerana ibu terlalu lemah disebabkan terlalu banyak kehilangan darah serta luka dalaman proses bersalin.
Manja Kapsul Herba Dalaman ini diadun sebagai antiseptik untuk penyembuhan dalaman sebagaimana ibu disyaratkan meminum air kunyit selama 3 hari selepas bersalin. Dengan terhasilnya kapsul Herba Dalaman ini ibu tidak perlu meminum air kunyit kerana bahannya sudah meliputi rawatan selepas bersalin
Edaran Cosway
Great Redemption
1-7-2003 - 30/6/2004
Adakah set bersalin manja di jual di singapura? Boleh email saya di nelyshia_k@hotmail.com
ReplyDeleteTerimakasih Nelly.